Sunday, August 6, 2017

TEORI 18 TAHUN

Assalamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.

Pada kesempatan ini saya masukkan semula karangan saya dalam blog ini pada 16 Februari, 2010 yang mengandungi nota ucapan yang saya sampaikan pada 23 Februari, 2010 kepada pemimpin-pemimpin GPMS. Teori 18 Tahun mula saya ketengahkan dalam ucapan saya sebagai Presiden MAYC dalam Mesyuarat Agung MAYC ke 34 pada tahun 1988 iaitu 29 tahun yang lalu.. Perlu diperhatikan bahawa karangan ini berakhir dengan tahun 2005 dan kita sudah melihat prestasi BN dalam PRU ke 13 di mana BN, walaupun menang, ianya telah kehilangan 'popular vote', iaitu menang dari segi kawasan tetapi kalah dari segi jumlam pengundi. PRU ke 14 paling lewat perlu diadakan pada tahun 2018. Jika PRU 14 diadakan pada tahun 2018 berertilah PRU ke 15 perlu di adakan pada tahun 2023, iaitu 18 tahun dari tahun 2005. Karangan lanjutan Teori 18 Tahun ini akan saya persembahankan dalam masa yang terdekat. Selamat membaca.

MENGIMBAS KEMBALI ANGKA 18

GPMS - SINGA PERJUANGAN BANGSA

1. Pada hari Sabtu 13 Februari, 2010 saya telah dijemput ke satu kursus untuk pemimpin-pemimpin baru GPMS, dari seluruh negara, di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras. Perjumpaan bermula pada pukul 2.45 petang. Walau pun tahun ini dinamakan tahun baru harimau untuk orang-orang China tetapi GPMS telah memilih gelaran 'Singa Perjuangan Bangsa' untuk pemimpin dan ahli organisasi mereka.

MELAYU DIGUGAT DAN DIGIGIT

2. Setelah selesai menyanyi lagu GPMS Presiden GPMS telah menyampaikan ucapan aluan dan selepasnya saya dijemput untuk berucap atas tajuk 'Melayu Digugat dan Digigit'. Persoalan yang harus saya huraikan ialah mengenai bagaimanakah singa perjuangan bangsa ini harus bertindak bila bangsanya telah digugat dan digigit.

MAYC TIDAK DAPAT MEMBANTU

3. Keadaan majlis ini berbeza dengan majlis MAYC Wilayah Persekutuan yang saya hadiri pada petang 6 Februari, 2010 di Pusat Kecemerlangan Rakan Muda, Komplek Belia, Kg. Pandan. Majlis ini diberi tajuk 'Bicara Tokoh'. Pemimpin-pemimpin muda MAYC ini ingin mengetahui sejarah gemilang perjuangan MAYC di masa silam kerana MAYC yang baru kini masih di peringkat penubuhan sementara MAYC lama pula mengikut undang-undang, tidak ada lagi, kerana lima tahun berturut-turut MAYC tidak mengadakan mesyuarat agungnya; dan mereka yang masih mengaku sebagai pemimpin-pemimpinnya, walau pun sebenarnya sudah tidak sah lagi, sedang sibuk memikirkan cara memfaraidkan harta pusaka persatuan sementara persatuan mati tanpa kubur. Begitulah gambarannya. Oleh itu, MAYC sebagai sebuah pertubuhan kini tidak mungkin boleh turut membantu GPMS jika bangsa Melayu sudah tergugat dan digigit. 

JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN

4. Sebenarnya tidak ada orang yang berani menggugat dan menggigit bangsa Melayu kecualilah orang-orang Melayu sendiri memaksa dirinya supaya digugat dan digigit.

DUA PEMIMPIN BELIA JADI PERDANA MENTERI

5. Allah s.w.t. telah mentakdirkan dua tokoh belia menduduki kerusi Perdana Menteri Malaysia, seorang dari MAYC, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad yang pernah menjadi Naib Presiden MAYC, dan seorang lagi lagi dari GPMS iaitu Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi. Hampir ada yang ketiga dari ABIM.

6. Saya perhatikan perbezaan yang ketara antara kedua orang tokoh ini. Tun Dr. Mahathir kekal dengan kawan-kawannya yang seangkatan dalam belia dan sedarjah dengannya di sekolah menengah dan di universiti. Beliau terus berkawan dengan Presiden MAYC ke 2 Allahyarham Tunku Abdullah, iaitu kawannya di waktu dalam MAYC, malahan yang memecat beliau dari MAYC pun beliau kekalkan sebagai kawan. Tun Dr. Mahathir juga rapat dengan kawan-kawan dalam SAHOCA dan setiap tahun ada pertemuan dengan doktor-doktor yang belajar dengannya di Universiti Malaya, Singapura. Malahan kawan-kawan lama Tun Dr. Mahathir lebih mempengaruhinya dari anggota keluarganya sendiri. Jika ada anggota keluarga yang mempengaruhi beliau itu adalah pengaruh kerana ilmu yang ada pada mereka dan jawatan yang mereka perolehi sendiri, seperti Tun Dr. Ismail Mohd Ali, Gabenor Bank Negara dan Gen (B) Hashim Mohd Ali yang naik dalam tentera atas kemampuannya sendiri.

Saturday, August 5, 2017

QUOTATIONS FOR INSPIRATION

This collection of quotations are updated from time to time. A reader will therefore face the challenge of finding new inputs, or the boredom of going through the same quotations before he finds new quotations. To simply the search I'll just give the list of names of the personalities with the latest quotes as new quotes appear. Enjoy reading them.

Look after these name/names with the first name/names in alphabetical order:

1. Benie Sanders Sen.

2. Donald Trump
 
3. George Bernard Shaw

4. Henry Ford

5. Ian Taylor

6. Mahathir Mohamad Dr.

7. Margaret Mead

8. Richard Armour

9. Robert T. Kiyosaki

10. Warren Buffett

11. William Shakespeare
 
For purposes of relaxation I submit herewith a few quotations for my readers to ponder.
(Diikuti dengan terjemahan)

Albert Einstein

The world will not be destroyed by those who do evil, but by those who watch them without doing anything.

(Dunia ini tidak boleh dirosakkan oleh mereka yang membuat kejahatan, tetapi oleh mereka yang melihat berlakunya kejahatan tanpa membuat sesuatu)

Problems caused by individuals of a certain level of thinking cannot be solved by those with the same level of thought.

(Semua masalah yang ditimbulkan oleh individu-individu pada satu tahap kemampuan berfikir tidak boleh diselesaikan oleh mereka yang berada pada taham kemampuan berfikir yang sama)

We can't solve problems by using the same kind of thinking we used when we created them.

(Kita tidak boleh menyelesaikan masalah-masalah dengan menggunakan cara berfikir seperti yang kita gunakan waktu kita menciptakan semua masalah itu)

I must be willing to give up what I am, in order to become what I will be.

(Saya perlu bersetuju untuk mengorbankan keadaan saya sekarang, supaya saya boleh menjadi seorang yang lain)

The intuitive mind is a sacred gift and the rational mind its faithful servant. We have created a society that honours the servant and has forgotten this gift.

(Fikiran yang asli adalah satu hadiah ilahi sementara fikiran yang rasional adalah hambarnya. Kita sudah wujudkan masyarakat yang memuliakan hamba dan melupakan hadiah yang asli itu)

If you can't explain it to a six year old, you don't understand it yourself.

(Jika kamu tidak boleh memahamkan kepada seorang yang berumur enam tahun, kamu sebenarnya belum memahaminya.)